Monday 28 October 2019

JOM BERKEBUN!!!



AKTIVITI CUTI DEEPAVALI - JOM BERSIHKAN KEBUN!!!



Cakkkk!!! Hahaha. Bersawang blog aku. Fuh fuh fuh. Tiup sikit 😊. Nak bagi hilang sawang. Hehe. Lama betul tak bersiaran. Ceh. Macam deejay plak. Actually, laki aku ada tanya jugak. Lama tak baca blog aku. Bukan apa. Kadang-kadang tu jadi malas nak berblog sebab takde idea nak tulis apa dalam blog ni. Satu lagi, kadang-kadang yang jadi renyah tu time nak masukkan gambar. Slow yang amat la pulak PC ni. Tu yang buat spoil mood.

Oklah. Tak nak bebel panjang-panjang. Entry kali ni aku nak cerita pasal berkebun. Maklumla cuti panjang kan. Sabtu, Ahad, Isnin. Daripada mereput kat rumah, apa kata kita pegi kebun. Berpeluh jugak badan. Peluh lebih dari zumba...hehehe. 

Kebun ni sebenarnya peninggalan arwah atuk & nenek aku. So, tanah kebun tu pon dah dibahagi-dibahagikan kepada adik-beradik mak aku selepas nenek aku dah takde. Jadinya, mak aku dah dapat bahagian dia. Adalah dalam 12,000 kaki persegi. Kebun ni keluasan dia 1.6 ekar.  Besar jugakla kan. Boleh buat 10 buah umah kot 😁. 

Jadinya, Sabtu pagi terus kami ke kebun. Time tu cuma aku, Mr. Shuben and 2 orang anak jantan aku je. Dara 2 orang tu ikut mak teh dia balik KL. Jemput atuk & nenek diorang.  Sampai je kebun cuak jugak sebenarnya sebab biasalah berbulan-bulan tak menjengah. Dah macam hutan. 

Sebelum pergi kebun tu aku dah cakap dengan laki aku, ajakla busu aku. Busu tu pakcik akula. Adik mak aku yang paling bongsu. Tapi dia kata takpela. Tak payahla ajak-ajak orang ni. Bukan apa. Kalau kita tunggu orang sudahnya kerja yang kita sepatutnya boleh buat langsung tak berjalan. Memang betul pun cakap dia. Cumanya akula yang takut sikit. Kebun kalau dah macam hutan, macam-macam ada wo. Tu yang buat aku cuak tu.

So sampai-sampai je pagi Sabtu tu kitorang pon terusla menebas. Pakai sabit dengan parang JE hokeyy. Bukan dengan mesin tau. Ko rasa? 😩. Peluh tak payah cakaplah. Kalah zumba. Part menyabit tu yang buat aku cuak tu. Paling aku risau kalau ada 🐍.

Sehinggalah hari Isnin. Aaa...time datang hari Isnin ni tu aku dah nampak kereta Busu aku dari jauh. Fuh. Lega rasanya. Takdela rasa takut sgt. Heeeee.  At least ada orang tua kot kalau ada apa-apa hal berlaku. Bukan minta tapi berjaga-jaga. 

So, hari ketiga tu kerja membersih bahagian mak aku laju sikit sebab pakai mesin Busu aku. Alhamdulillah. Nampakla perubahannya. Tapi setakat 3 hari tak dapat nak bersihkan 12,000 punya kawasan. Nanti kita sambung next week. Kena ajak adik-adik aku pergi sekali. Baru tak takut. Ngeeee 😀.

Tapi tu la nak dijadikan cerita, time kitorang nak balik tu tengah leka borak-borak dengan laki aku tetiba aku terdengar bunyi daun bergerak. Aku ingatkan pakcik aku. Aku pon tolehla ke kanan. Sekali kecut perut aku tengok. Ulat hitam sebelah aku baru je check-in dalam semak, tempat laki aku menebas & mesin tu. Yang aku nampak hujung ekor je. Ya Allah, time tu dia punya takut Allah je la tau. Yela sebab tak pernah tengok depan mata kot.

Aku pon apa lagi terus datang kat laki aku yang time tu menghadap aku then terus tarik tangan dia, keluar kat kawasan rumah orang. Laki aku cakap muka aku time tu dah macam muka orang tahan berak. Cehhhh. Sumpah. Takut kot. Besar kot ular tu. 

Oklah. Nanti sambung lagila berblog yang ntah bilanya tu. Tapi apa yang boleh aku cakap aku seronok berkebun ni sebab berkebun boleh jadi sihat. Tak rugi kita berbakti pada tanah. Hasilnya nanti kita makan sama-sama. Satu lagi nak bagitahu. 3 hari aku berkebun, aku rasa aku dah kurus. Hahahahaha. Tu je. K bye 😁

Ni kawasan mak aku selepas dah ditebas. Kalau tak, tak nampak kawasan bawah pokok tu.

Nampak tak kawasan berair tu. Tu la parit kecik. Dulu masa kitorg kecik-kecik banyak anak ikan dalam parit tu. Tapi sekarang air dah kurang. Dulu siap boleh berendam dalam parit tu.

Haaaaa...ni cik abang sayang. Lencun baju dek poloh. Hehe. Patah mata mesin tu dikerjakan. Dah la mesin pinjam. Kui kui kui. Aaaa..perut tu sorok sikit bang.

Kawasan tu bertanda merah tu la aku nampak cik hitam tu check-in. Dah la aku berdiri tak jauh dari tempat dia masuk. Ketaq kot

Dah mesin barula jumpa perigi

No comments:

Post a Comment

 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...