Sunday 26 September 2021

 MALANG TIDAK BERBAU


Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan.


18.9.2021 akan menjadi kenangan sedih. Tak sangka, kejadian berlaku pada petang Sabtu masa kami ada di rumah mak. Time tu aku suruh Icha panggil ayah dia makan (tak sangka pulak dia berlari panggil ayah dia).


Tiba-tiba 'Pranggggg' bunyi kaca pecah. Aku dah tak sedap hati dah. Dengar Icha menangis. Terus berlari kat dia. Sah. Memang kena kat Icha ni. Rupa-rupanya dia langgar sliding door sampai pecah.  Dia tak perasan sliding tu tutup. Ye la. sliding kan jernih. Hmmmm....Tengok-tengok kaki dia dah berdarah.  Terkoyak dalam dan panjang. Mak aku kata macam nampak tulang. Aku sendiri tengok pun menangis. Sian Icha. Maafkan mama adik. Kalau mama tau jadi begini, mama tak suruh adik panggil ayah makan. Rasa bersalah sangat. Tapi yela kita ni manusia. Mana mungkin boleh meramal apa yg bakal berlaku kan 😢.


Terus ayah dia balut dengan kain untuk elak lebih banyak pendarahan. Kemudian cempung dia dalam kereta dgn adik ipar terus shoot ke klinik panel dulu. Then, aku dan adik bongsu follow dr belakang. 


Sampai di klinik doc buka balutan, terpancut darah. Terus doc cakap dia tak boleh buat sebab katanya mungkin arteri. Bila dengar arteri terus berderau darah. Huhu. Dia minta kami refer hospital.  Kami terus shoot ke KPJ Seremban. Malangnya, bila sampai di sana nurse di emergency beritahu diorg takde pakar arteri dan diorg sarankan utk refer ke HTJ.


Kami terus ke HTJ. Sampai di emergency, Icha dibawa ke Zon  Ungu' iaitu zon utk kanak-kanak. Lama jugak menunggu. Almost sejam juga.  Dalam hati berkata 'Eh, rilex je doktor ni. Anak aku ni dah la bleeding ni. Dia boleh buat rilex je'. (maklumlah kita ni tak tau. Tau komplen je 😬 maafkan saya doc) Padahal diorg tu lebih tau mana kes serius atau tak dan Alhamdulillah sementara menunggu tu Icha pun nampak ok je dan diberitahu kepada kami kaki dia luka bukan kena pd arteri. Lega. Kata doc lg, kalau kena arteri mungkin....hmmmmm 😭


So, di situ bermula lah sesi soal jwb. Macam mana boleh jadi. Baru doc tu tau anak aku lasak. Huhu. Then, doc amik X-ray takut-takut kalau ada partikel kaca yg tertinggal dlm luka tu. Alhamdulillah. Clean. Then, proceed utk admission ke wad. Tapi sebelum tu kena buat PCR test for Covid-19 utk Icha. Caretaker tak perlu. Lepas buat test baru kami dibawa ke wad kanak-kanak. Time tu lebih kurang  jam 12.00 am lebih rasanya tapi masih belum boleh dibawa masuk ke bilik sebab result PCR test belum keluar.


Makanya, kami pun ditempatkan di hujung koridor wad sehinggalah keesokan paginya. Kami dibawa masuk ke bilik jam 11.00 pg selepas diberitahu result PCR test negatif dan start pg tu juga Icha disuruh puasa utk masuk OT (jahit luka) - start 8.30 am dah puasa. Setelah menunggu hampir 7 jam barulah dapat call utk ke OT, walaupun time ni dia merengek nak air, nak susu (mama dia kena 'keraskan' hati). Kalau tak, lagi delay la nak nak masuk OT.


Start jam 3.30 ptg, Icha dibawa ke OT. Full bius sebab kanak-kanak kan. Masa Icha dah start tido, doc cakap kat aku 'Mak, kalo nak cium anak dulu ciumlah'. Time ni aku dah start nangis 😭😭😭 Sebak rasanya. Berdoa dalam hati agar Allah permudahkan segala urusan kami dan takde apa-apa yang serius. 


Lebih kurang jam 7.00 pm, Icha sampai semula ke bilik. Alhamdulillah. Lega hati bila dia panggil 'Mama'. Terus lapkan badan dia. Then, doc terangkan perkara sepatutnya selepas bius. Memang kesan selepas bius dia akan muntah-muntah. Aku bg dia air putih dulu. Then, baru bg dia makan bubur. Dalam pada dia muntah-muntah tu sempat juga dia cakap ' Adik rasa tak cerialah'. Time ni rasa nak tergelak pun ye gak. Ye la. Orang dah biasa riang ria tiba-tiba jadi macam ni..mmmm....Dia still muntah sampailah dia tertidur. Alhamdulillah. Lepas tu dia ok. 


Esoknya, doc check jahitan dia ok ke tak. Doc kata cantik. So, boleh discaj. Alhamdulillah. So, aku pun prepare barang-barang nak balik. Nak dijadikan cerita, masa aku tengah kemas-kemas tu, tiba-tiba aku nampak ada 2 org nurse ni pakai baju PPE dalam bilik aku. Ah sudah. Aku tgk dia tgh uruskan patient katil depan aku. OMG 😱 takkan aku 1 bilik dgn patient Covid. Time ni mulalah menggelupur. Risau kot. Terus aku tny nurse kat kaunter utk kepastian. Nurse beritahu dia bukan +ve Covid tapi PUI tapi pada aku still risau kot. Mujurlah aku tak berborak dengan dia (takde contact langsung) dan guna bilik air yang berasingan.


Then, dalam jam 12.00 tgh Isnin, kami pun discaj dr hospital. Sungguh, pengalaman 2 malam masuk hospital masa Covid ni memang mencabar. Letih, penat tak payah cerita. Banyak prosedur yang perlu dipatuhi. Berganda jadinya. Siapa pun tak nak masuk hospital time macam ni. Dengan risiko terdedah kepada jangkitan Covid. Minta dijauhkan. Na'uzubillah. Tapi nak buat camne kan. Allah beri kami ujian sebegini. Allahu. Kami redha.  


Apapun, syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih to my beloved husband, مزاين مذاين سنڤاي  yang tolong beli sarapan pepagi buta (yela Icha kan kena puasa start kul 8.00, so, aku suruh laki aku beli nasi lemak nak bg Icha kenyang) camne pulak aku nak pegi beli kan? To my dearest Asu (adik bongsu), Ct Bella dan suaminya (adik ipar aku), Suffian Jaffar terima kasih ye sebab tolong teman kami uruskan Icha serta adik beradik lain Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin, Siti Mariam Samsudin  Iskandar Samsudin  and of course to my beloved MOM, Juliah Abdullah , terima kasih sebab selalu jadi penenang. Selalu suruh aku beristighfar. Ye la. Kita bila dalam keadaan panik lupa dah tu 😅 Tq so much semua ❤️❤️❤️😘😘😘😘. Terima kasih juga pada semua yang mendoakan kami. Aamiiinnnn.




Monday 30 August 2021

LEXIS HIBISCUS, PD

Bercuti di Lexis Hibiscus, PD
2020

 
Originally gambar sendiri.

            Olla!!! Entry kali ni aku nak cerita pasal percutian ke Lexis Hibiscus, Port Dickson pada bulan Ogos 2020. Alhamdulillah, time ni kerajaan baru umukan PKPB.  Disebabkan lama mereput di rumah sejak PKP 1.0 (start bulan 3 sampai bulan 6) start je PKPB, mulalah tangan ni gatal nak menggoogle Booking.com. Nak dijadikan cerita, masa dok scroll FB, tiba-tiba ada seorang ejen percutian ni, namanya Nadia Kamsol dari Gerbang Travel & Tours buat offer voucher Lexis semalam RM409.

            Pucuk dicita ulam mendatang. Apalagi terus whatssap Cik Nadia ni.  So, bagitaula kat dia jenis bilik apa yg kami nak. Nak book kena bayar full...mulalah time tu 50-50..takut scammer kan 😅 (paranoid sangat tapi tak salahkan) semua org kena berhati². Maunya tak paranoid, melayang RM409, bukan sikit-sikit. Ni pun mujur ada offer, kalau tak rasanya lama lagilah nak merasa bercuti ke Lexis.

          Lepas stalk FB dia, barulah dengan yakinnya book bilik hotel tu. Dia pun mcm tau² je kita ni tak berapa nak yakin, jadi dia sendiri yang suruh kita stalk FB dia 😅. Akhirnya, done booking.  Kami pilih bilik Premium Pool Tower (kalau tak salahlah).

          So, akhirnya pada bulan Ogos 2020 kami pun pergilah ke Lexis. Mujur rumah dekat je (duduk Seremban). Dari rumah nak ke Lexis dlm 30 minit je. Jimat duit tol & minyak 😁.

           Kami sampai di hotel awal dalam 1.30 pm, walaupun tahu waktu check-in pukul 3.00 pm tapi saja cuba nasib 😁 Alhamdulillah, kami dapat check-in awal. Tak sia-sia mencuba kan ☺️. Lagipun, orang tak ramai.  so, selamat sikit rasanya.  Maklumlah, waktu ni kan tengah Covid. Walaupun dah check-in awal, tapi kami tak masuk bilik lagi.  Kami keluar semula untuk cari makan makanan tengahari.

          Walaupun, dah duduk di Seremban 2 tahun, still tak tahu lagi port makan best di PD ni 😅. So, merayaulah kami mencari makan di sekitar Teluk Kemang, Akhirnya kami jumpa satu kedai makan ni. Asam Pedas Melaka nama kedai tu. Rasa makanan di situ, okay, not bad.

           Alhamdulillah, dah kenyang. Kami pun balik semula ke hotel dalam pukul 3 petang. Bila kami sampai di hotel, mak oiiiii!! Ramai betul orang beratur. Mujur kami dah check-in awal. Time wabak ni, kena berhati-hati dalam keadaan orang ramai ni. Jaga SOP, jaga jarak semua.




Bergambar sebelum naik ke bilik

         Kami pun terus ke bilik. Nombor bilik dah tak ingat tapi yg pasti kami di level bawah sekali. Memang saja minta bilik bawah sekali. Bukan apa, bila ada anak-anak, lebih utamakan keselamatan diorang. Itu pun, rasa dah tinggi sangat bila tengok pemandangan laut dari balkoni hotel. Gayat rasanya 😰

            Oh, lupa nak bagitau.  Di Lexis ni, bilik terbahagi kepada 2 sama ada yang di atas laut atau yang dalam bangunan.  Bilik kami di bahagian dalam bangunan. Memang saja pilih yang dalam bangunan. Nak stay yang atas laut macam takut 😅. Pada yang belum tahu, bilik-bilik di Lexis ni ada banyak jenis. Ada yang di bahagian bunga, daun, tangkai dan setiap bilik ni lain-lain harganya.  Boleh tengok rate harga di website Lexis. Paling mahal yang di bahagian bunga kalau tak salah sebab di tengah laut.


Pemandangan dari balkoni bilik

        Sampai-sampai je di bilik, masing-masing dah tak sabar nak terjun kolam. Lepas solat Zohor dan tukar pakaian, apalagi anak-anak semua 'gedebush' terjun kolam kecuali mak ayah je tak terjun kolam sebab tak muat..hehe..kolam dia kecik je. Takpelah kita bagi anak-anak je mandi. Mak ayah boleh rilex-rilex landing atas katil ❤️. Ada 2 katil king kot. Puas bergolek..hehehe


          Lepas dah siap-siap solat Asar, kami keluar cari makan malam di sekitar Teluk Kemang. Tapi sebelum kami bergerak ke restoran, kami jalan-jalan dulu di Hibiscus Walk di sekitar hotel.




Ayah dengan 2 orang hero mama 💟









Jalan-jalan di sekitar Hibiscus Walk. Actually, ada deretan kedai-kedai di sini tapi tutup. Tak pasti pulak kenapa ditutup. Rasanya mungkin sebab kami datang pada hari kerja kot. Mungkin kedainya buka pada hari minggu. 

    Kemudian kami terus mencari kedai makan.  Kami makan di Restoran Sri Mesra Ikan Bakar.  Restoran ini memang popular di kalangan pelancong.  Makanan di sini memang sedap dan servis pun cepat cuma pada kami harga agak mahal la. Mungkin pada orang lain ok. Bila diperhatikan pada gambar-gambar yang ada dalam kedai tu, ramai juga artis-artis yang datang makan di situ. Dato' Ct pun ada. Mungkin sebab tu mahal kot? Ehhh? Macam tak relevan kan?😅



Lepas makan, kami terus gerak balik ke hotel untuk solat Maghrib dan anak-anak pun apalagi sambung mandi kolam..hehehe..rugila bayar mahal-mahal tak mandi puas-puas kan 🤭.




Lexis waktu malam


Esoknya, lepas solat Subuh, anak-anak sambung mandi lagi. Kami cuma bersarapan di bilik je. Lagi pun memang dah plan untuk breakfast di bilik. Kita kena gunakan masa yang ada tu sepenuhnya..hehe..  Baru berbaloi-baloi bayar.

Kami check-out dlm kul 11.00 sebab memang tu waktunya. Kalau lewat takut kena caj.  Lepas check-out, kami pergi ke Rumah Api Tanjung Tuan. Walaupun membesar di Negeri Sembilan, tapi tak pernah jejakkan kaki ke sini. So, bila ada kesempatan ni, aku pun bawalah anak-anak ke sini. Actually, for those yang berminat dengan aktiviti mendaki, di kawasan rumah api ni ada kawasan mendaki iaitu di Bukit Batu Putih.  Ramai je yang hiking pada hujung minggu. So, bolehlah try nanti.








Lepas tengok rumah api, kami berjalan-jalan pula di sekitar Pantai Tanjung Biru dekat dengan rumah api ni. Di sini, ada resort PNB.  So, pada siapa yang nak merasa keindahan alam dan dekat dengan pantai, bolehlah bermalam di sini. Rate 1 malam tak pasti pula tapi boleh tanya pakcik Google.








Begitulah cerita percutian kami ke Lexis Hibiscus pada bulan Ogos 2020.  Mujur PKPB. Dapat juga bawa anak-anak berjalan. Kesian diorang terperap lama di rumah.  Hope wabak Covid ni cepatlah habis. Moga keadaan kembali normal seperti sediakala.

 

Wednesday 3 February 2021

Penang, here we come!!!!

                                         CUTI AKHIR TAHUN - PENANG TRIP 2020

                                                    30 - 31 DISEMBER 2020


            Lama sungguh tak update blog. Last update pun tahun lepas rasanya. Nak update yang baru ni pun tertangguh-tangguh....huhu...Asal buka je blog nak update, ada je halangan.

          Oklah, tak nak mukaddimah panjang-panjang. Kali ni aku nak cerita pasal percutian ke Penang with my beloved family. Kami 6 beranak je. Well, disebabkan terlalu lama mereput dalam rumah (sebab PKP kan), so, bila dah boleh merentas, aku plan jauh sikit. Tak tahulah kenapa tapi hati ni memang teringin sgt nak ke utara. So, destinasi pilihan adalah Pulau Pinang, walaupun pada asalnya berbalah juga dgn cik abg nak pegi mana sebab kalau ikut dia, macam malas nak drive jauh-jauh. Lagipun banyak belanja. Betul la tu tapi kalau sesekali apa salahnya nya kan 😉.

          Kami bertolak dari Seremban jam 7.00 pagi. Singgah makan sekejap di Batu 8, Labu, Negeri Sembilan. Kedai Tok Mat Lihut. Ada nasi lemak, roti canai, kuih². Roti canai dia yg paling best adalah Roti Canai Tok Mat Lihut Banjir. Roti canai kuah banjir dgn 2 biji telur. Terliur plak..hehe.

          Then, lepas makan kami teruskan perjalanan. Banyak kali jugakla berhenti. Maklumlah bila berjalan dengan anak-anak ni macam-macamlah ragamnya.  Sudahnya kami sampai di Penang jam 1.00 petang. Hari pertama sampai kami ikut jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Masa lalu atas jambatan ni, cuak dia toksah cakaplah. Berdebar-debar kot.  Hehe...padahal orang lain rilek je.  Kalau ikut jambatan kedua ni kita akan lalu Bayan Lepas. Pada sesiapa yang nak tahu Hotel Lexis letaknya di sinilah. Kot lah ada yang nak tidur di Lexis aaaa..silalah Google.  

           Bila dah masuk di Penang terus google kedai makan yang tular tu. Giteww. Mula-mula cari Hameediyah Nasi Kandar. Bila kami sampai, perghhh..beratur sampai ke luar jalan kot...huhu..tak jadi..Google satu lagi kedai lain, apa ntah nama dia tak ingat plak...pun ramai jugak...sudahnya google kedai yang tak berapa nak femes (padahal femes, aku je yang tak tau). Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang.

          Sampai² di restoran tu, alhamdulillah, org tak ramai. Bila dah sampai restoran nasi kandar kenalah order nasi kandar. Takkan nak order chicken chop plak kan. Memang takde la😅. Harga pun boleh tahan. Biasalah Penang kan 😉.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Cuak betul masa nak lalu ni 😅. Saujana luas laut memandang 🤭. Panjang jambatan ni lbh kurang 24 km kalau tak salah. Nak tepat boleh tanya pakcik Google 😁

Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang 

        Lepas makan terus gerak ke Georgetown untuk check-in di hotel. Kami menginap di Armenian Georgetown Street Hotel. Kami sampai di hotel jam 3.00 pm. Lepas solat dan rehat² kejap, kami keluar jalan² di Penang Art Street lebih kurang dalam pukul 4.00 pm.


Street Art of Penang


Apa daaa..payung kat belakang..bergambar tgh² panas 🤭

Tapak Warisan Dunia-Georgetown


Tokong apa ntah ni..lupa plak..sibuk nak bergambo

Di Street Art of Penang

            Lepas jalan² di Street Art of Penang, kami berjalan kaki ke Fort Cornwallis atau Padang Kota Lama ataupun Esplanade. Jangan pulak korang kata lain. Tak.....nama ja lain tapi tempat sama jaa. Fort Cornwallis ni adalah sebuah kota lama. Di sini banyak peninggalan meriam² lama dan merupakan sebuah padang kota (berbentuk bintang 4 bucu) atau sebuah kubu pertahanan. 

            Kalau berjalan kaki dari Penang Art Street ke Fort Cornwallis lebih kurang 10 ke 15 minit. Tak jauh pun (percayalah 🤭). Bagus utk siapa yg nak kurus. Betulll!!


Fort Cornwallis/ Padang Kota Lama/ Esplanade







           Dah penat pusing² di Padang Kota kami pun terus ke medan selera di sebelahnya. Nak try pasembur yang famous kat sini. Ghani Pasemboq nama dia (kalau tak salahlah). Kami ambik cucur, kentang, sotong 2 ekor dan apa lagi entah nama dia. Semua sekali RM42. Gullpp. Dah ambil kan, bayar je la. Ngeeee. Tapi memang boleh tahan jugakla harga dia..huhu.

Pasemboq Ghani

Muka tak berapa happy dpt makan sbb dah penat jalan td...hehe

    Dalam ni tak dak udang...Udang sekoq RM7-RM8 bergantung kpd saiz....Mujur tak ambil udang tau. Sib baik tanya dulu.  Kalau tak, naya..huhu

         Lepas dah makan, badan pun dah penat, anak² pun dah merengek minta balik hotel.  So lepas makan, kami pun terus balik ke hotel. On the way balik ke hotel, kami tgk kedai byk yg dah tutup kecuali kedai² makan. Mungkin sbb PKP kot. Jadi, malam tak berapa nak havocla. Sendu jadinya.

Ni lah hotelnya utk kami stay 2D 1N. Semalam dlm RM180 untuk bilik family. 2 katil queen. Not bad.

       Esoknya, kami kluar dr hotel jam 8.00 pg. Konon nak cari sarapan kat kedai² yg viral. Sekali bila pergi. Allah. Penuh. Padat. Melekat. Tak jadilah. Cik abang dah pening dah. Dahlah nak mencari kedai tu sekian. Ditambah dengan jem plak lg 😅. Jadi tak nak menambah kepeningannya..sudahnya kami sarapan di Astaka Taman Tun Sardon. Medan selera rupanya. So, bolehlah pilih byk kedai. Macam² ada. 

Kuih-muih di Astaka Taman Tun Sardon


Bukit Bendera

      Lepas sarapan di situ, kami terus ke Bukit Bendera. Kami sampai dlm jam 10.30 am. Tengok orang punyala ramai beratur. Tak sanggup menunggu lama kami beli tiket Fast Lane walaupun sebenarnya berhuhu jugakla nak membayarnya tp disebabkan nak cepat, pejam je la mata bayar.

Tiket Fast Lane :  Dewasa - RM40, Kanak-kanak - RM25
Normal Lane : Dewasa - RM20, Kanak-kanak - RM15

Ke stesen Bukit Bendera. Sebelah kiri gambar ni tempat parking kereta dalam bangunan bertingkat.


View dr atas Bukit Bendera

Tempat meneropong. RM1 = 2 minit. Jadilah     

 Masjid Bukit Bendera

Dari atas Sky Walk

Bawah tu tempat utk Love Lock tp kitorg tak pegi pun. Malas...haha


Haaa..atas ni pun ada meriam tau. Dekat area masjid tu. Tapi macam mana dan apa cerita dia tak pulak kami tahu sbb takde pulak papan kenyataan yg menceritakan sejarah mcm mana meriam ni ada atas ni.

Ni plak gambar tempat parking yg aku bgtau td. Senang...ada lif. So? 🙃


 Rumah ni nama dia The Gate House. Tak diberitahu pulak sejarah rumah tu.

On the way turun dr Bukit Bendera

        Kami turun dr Bukit Bendera dlm jam 12.30 tgh. Lepas tu kami terus shoot ke Batu Feringgi - Teluk Bahang - Balik Pulau - Teluk Kumbar - Bayan Lepas sampailah ke Georgetown semula sebab nak masuk ke rumah 3D. Ingat nak masuk masa mula² sampai tp tak sempat sebeb dah tutup. Tu yang patah balik semula ke Georgetown. Lagi pun memang plan nak balik ikut Georgetown sebab nak naik Jambatan Pulau Pinang.


Di Pantai Teluk Bahang. Jumpa dgn ada sorang pakcik ni kongsi cerita pasal tsunami yg berlaku di kawasan tu. Masa dia bercerita tu mata ni tak lepas tgk ke tengah laut 😅 Takut..huhu


Makan kat kedai ni di Teluk Bahang. Cendol mangga dia puas makan sbb penuh dgn mangga. Sedap. Tak ingatlah nama kedai ni tp dia betul² kat simpang area Teluk Bahang. Muka budak baju biru tu dah penat sbananya..kekeke

Bakso dia pun sedap

           Lepas makan di Teluk Bahang kami terus pusing satu pulau sampailah ke Georgwtown semula. Tp apa yg kami perasan, kawasan Balik Pulau adalah kawasan yg masih tak terjejas dgn pembangunan & di situ byk org Melayu.

           Sampai di Georgetown, kami terus ke rumah 3D. Bayaran masuk pun tak mahal.Ok lah. Dewasa RM15, kanak² RM10.

 
Cececeh. Macam dia pun main jugak

Terbangla ko ke pasir berdengung.  Zam zam allakazam

 Nak pegi mana tu naik sampan. Takkan nak balik Seremban kot 🤭






         Kalau nak tahu, rumah 3D ni adalah deretan kedai 2 tingkat. So mcm² gambar 3D ada dalam tu. Kira besar jugak. So, kalo korang ke Penang bolehlah singgah di sini buat kenangan 🤗.

         Kami keluar dari Penang jam 6.00 ptg. Waktu tu hari dah nak hujan. Kami ikut Jambatan Pulau Pinang. Masyaallah. Jammed. Cuak jgk masa ada atas jambatan dengan keadaan hari nak hujan. Sangkut jem. Huhu...tp cepat² baca selawat dan Basmallah.

 Huhu..time ni rs cuak giler bila sangkut dlm jammed atas jambatan.


        Alhamdulillah, akhirnya selamat jua sampai ke rumah dlm jam 12.30 tgh mlm. Cuma masa nak balik tu jem di highway Ipoh. Ada roadblock. 

         Apapun, percutian ke Penang sangat menyeronokkan.  Maklumlah, aku sendiri pun tak pernah pergi apatah lagi anak². Jadi aku nak diorg rasa pengalaman naik jambatan Penang mcm mana, tengok tempat bersejarah. At least, kalau diorg kena buat karangan diorg boleh cerita pengalaman diorg. Betul tak? 

       Satu lagi nak pesan, kalau pergi Penang atau ke utara, eloklah pegi awal, so masa tu tak dihabiskan atas jln mcm tu je sbb aku ralat juga sbb sampai Penang lambat. At least, kalau korang bertolak awal banyak tempat korang boleh pergi.

        Kalau ada yg tanya berapa total kos atau belanja pegi ke Penang ni, honestly aku spend dalam RM1,000 (anak ramai kan) atau mungkin ada yg boleh spend kurang dari tu. Belanja tol pun aku just topup RM100 je. Minyak dalam RM150 (Aruz) dari Seremban masuk Penang, pusing 1 pulau, then balik Seremban balik. Selebihnya adalah shopping dan makan. Duit hotel pun aku spend below RM200. Banyak lagi wishlist Penang yang aku tak sempat pergi lagi antaranya Rumah P. Ramlee, Mansion Cheog Fat Tzee, The Suffolk House, Gurney Drive, Teh Avatar. Insyaallah. Mungkin suatu hari nanti.

         Well, tu la saja cerita aku kali ni. Insyaallah, lepas ni aku akan update plak pasal percutian di Lexis Hibiscus PD (baru nak update padahal peginya dah lama 😅). Bila nak update pun aku tak pasti. Heeeeee 😀



 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...