Wednesday 3 February 2021

Penang, here we come!!!!

                                         CUTI AKHIR TAHUN - PENANG TRIP 2020

                                                    30 - 31 DISEMBER 2020


            Lama sungguh tak update blog. Last update pun tahun lepas rasanya. Nak update yang baru ni pun tertangguh-tangguh....huhu...Asal buka je blog nak update, ada je halangan.

          Oklah, tak nak mukaddimah panjang-panjang. Kali ni aku nak cerita pasal percutian ke Penang with my beloved family. Kami 6 beranak je. Well, disebabkan terlalu lama mereput dalam rumah (sebab PKP kan), so, bila dah boleh merentas, aku plan jauh sikit. Tak tahulah kenapa tapi hati ni memang teringin sgt nak ke utara. So, destinasi pilihan adalah Pulau Pinang, walaupun pada asalnya berbalah juga dgn cik abg nak pegi mana sebab kalau ikut dia, macam malas nak drive jauh-jauh. Lagipun banyak belanja. Betul la tu tapi kalau sesekali apa salahnya nya kan πŸ˜‰.

          Kami bertolak dari Seremban jam 7.00 pagi. Singgah makan sekejap di Batu 8, Labu, Negeri Sembilan. Kedai Tok Mat Lihut. Ada nasi lemak, roti canai, kuih². Roti canai dia yg paling best adalah Roti Canai Tok Mat Lihut Banjir. Roti canai kuah banjir dgn 2 biji telur. Terliur plak..hehe.

          Then, lepas makan kami teruskan perjalanan. Banyak kali jugakla berhenti. Maklumlah bila berjalan dengan anak-anak ni macam-macamlah ragamnya.  Sudahnya kami sampai di Penang jam 1.00 petang. Hari pertama sampai kami ikut jambatan kedua iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Masa lalu atas jambatan ni, cuak dia toksah cakaplah. Berdebar-debar kot.  Hehe...padahal orang lain rilek je.  Kalau ikut jambatan kedua ni kita akan lalu Bayan Lepas. Pada sesiapa yang nak tahu Hotel Lexis letaknya di sinilah. Kot lah ada yang nak tidur di Lexis aaaa..silalah Google.  

           Bila dah masuk di Penang terus google kedai makan yang tular tu. Giteww. Mula-mula cari Hameediyah Nasi Kandar. Bila kami sampai, perghhh..beratur sampai ke luar jalan kot...huhu..tak jadi..Google satu lagi kedai lain, apa ntah nama dia tak ingat plak...pun ramai jugak...sudahnya google kedai yang tak berapa nak femes (padahal femes, aku je yang tak tau). Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang.

          Sampai² di restoran tu, alhamdulillah, org tak ramai. Bila dah sampai restoran nasi kandar kenalah order nasi kandar. Takkan nak order chicken chop plak kan. Memang takde laπŸ˜…. Harga pun boleh tahan. Biasalah Penang kan πŸ˜‰.

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Cuak betul masa nak lalu ni πŸ˜…. Saujana luas laut memandang 🀭. Panjang jambatan ni lbh kurang 24 km kalau tak salah. Nak tepat boleh tanya pakcik Google 😁

Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang 

        Lepas makan terus gerak ke Georgetown untuk check-in di hotel. Kami menginap di Armenian Georgetown Street Hotel. Kami sampai di hotel jam 3.00 pm. Lepas solat dan rehat² kejap, kami keluar jalan² di Penang Art Street lebih kurang dalam pukul 4.00 pm.


Street Art of Penang


Apa daaa..payung kat belakang..bergambar tgh² panas 🀭

Tapak Warisan Dunia-Georgetown


Tokong apa ntah ni..lupa plak..sibuk nak bergambo

Di Street Art of Penang

            Lepas jalan² di Street Art of Penang, kami berjalan kaki ke Fort Cornwallis atau Padang Kota Lama ataupun Esplanade. Jangan pulak korang kata lain. Tak.....nama ja lain tapi tempat sama jaa. Fort Cornwallis ni adalah sebuah kota lama. Di sini banyak peninggalan meriam² lama dan merupakan sebuah padang kota (berbentuk bintang 4 bucu) atau sebuah kubu pertahanan. 

            Kalau berjalan kaki dari Penang Art Street ke Fort Cornwallis lebih kurang 10 ke 15 minit. Tak jauh pun (percayalah 🀭). Bagus utk siapa yg nak kurus. Betulll!!


Fort Cornwallis/ Padang Kota Lama/ Esplanade







           Dah penat pusing² di Padang Kota kami pun terus ke medan selera di sebelahnya. Nak try pasembur yang famous kat sini. Ghani Pasemboq nama dia (kalau tak salahlah). Kami ambik cucur, kentang, sotong 2 ekor dan apa lagi entah nama dia. Semua sekali RM42. Gullpp. Dah ambil kan, bayar je la. Ngeeee. Tapi memang boleh tahan jugakla harga dia..huhu.

Pasemboq Ghani

Muka tak berapa happy dpt makan sbb dah penat jalan td...hehe

    Dalam ni tak dak udang...Udang sekoq RM7-RM8 bergantung kpd saiz....Mujur tak ambil udang tau. Sib baik tanya dulu.  Kalau tak, naya..huhu

         Lepas dah makan, badan pun dah penat, anak² pun dah merengek minta balik hotel.  So lepas makan, kami pun terus balik ke hotel. On the way balik ke hotel, kami tgk kedai byk yg dah tutup kecuali kedai² makan. Mungkin sbb PKP kot. Jadi, malam tak berapa nak havocla. Sendu jadinya.

Ni lah hotelnya utk kami stay 2D 1N. Semalam dlm RM180 untuk bilik family. 2 katil queen. Not bad.

       Esoknya, kami kluar dr hotel jam 8.00 pg. Konon nak cari sarapan kat kedai² yg viral. Sekali bila pergi. Allah. Penuh. Padat. Melekat. Tak jadilah. Cik abang dah pening dah. Dahlah nak mencari kedai tu sekian. Ditambah dengan jem plak lg πŸ˜…. Jadi tak nak menambah kepeningannya..sudahnya kami sarapan di Astaka Taman Tun Sardon. Medan selera rupanya. So, bolehlah pilih byk kedai. Macam² ada. 

Kuih-muih di Astaka Taman Tun Sardon


Bukit Bendera

      Lepas sarapan di situ, kami terus ke Bukit Bendera. Kami sampai dlm jam 10.30 am. Tengok orang punyala ramai beratur. Tak sanggup menunggu lama kami beli tiket Fast Lane walaupun sebenarnya berhuhu jugakla nak membayarnya tp disebabkan nak cepat, pejam je la mata bayar.

Tiket Fast Lane :  Dewasa - RM40, Kanak-kanak - RM25
Normal Lane : Dewasa - RM20, Kanak-kanak - RM15

Ke stesen Bukit Bendera. Sebelah kiri gambar ni tempat parking kereta dalam bangunan bertingkat.


View dr atas Bukit Bendera

Tempat meneropong. RM1 = 2 minit. Jadilah     

 Masjid Bukit Bendera

Dari atas Sky Walk

Bawah tu tempat utk Love Lock tp kitorg tak pegi pun. Malas...haha


Haaa..atas ni pun ada meriam tau. Dekat area masjid tu. Tapi macam mana dan apa cerita dia tak pulak kami tahu sbb takde pulak papan kenyataan yg menceritakan sejarah mcm mana meriam ni ada atas ni.

Ni plak gambar tempat parking yg aku bgtau td. Senang...ada lif. So? πŸ™ƒ


 Rumah ni nama dia The Gate House. Tak diberitahu pulak sejarah rumah tu.

On the way turun dr Bukit Bendera

        Kami turun dr Bukit Bendera dlm jam 12.30 tgh. Lepas tu kami terus shoot ke Batu Feringgi - Teluk Bahang - Balik Pulau - Teluk Kumbar - Bayan Lepas sampailah ke Georgetown semula sebab nak masuk ke rumah 3D. Ingat nak masuk masa mula² sampai tp tak sempat sebeb dah tutup. Tu yang patah balik semula ke Georgetown. Lagi pun memang plan nak balik ikut Georgetown sebab nak naik Jambatan Pulau Pinang.


Di Pantai Teluk Bahang. Jumpa dgn ada sorang pakcik ni kongsi cerita pasal tsunami yg berlaku di kawasan tu. Masa dia bercerita tu mata ni tak lepas tgk ke tengah laut πŸ˜… Takut..huhu


Makan kat kedai ni di Teluk Bahang. Cendol mangga dia puas makan sbb penuh dgn mangga. Sedap. Tak ingatlah nama kedai ni tp dia betul² kat simpang area Teluk Bahang. Muka budak baju biru tu dah penat sbananya..kekeke

Bakso dia pun sedap

           Lepas makan di Teluk Bahang kami terus pusing satu pulau sampailah ke Georgwtown semula. Tp apa yg kami perasan, kawasan Balik Pulau adalah kawasan yg masih tak terjejas dgn pembangunan & di situ byk org Melayu.

           Sampai di Georgetown, kami terus ke rumah 3D. Bayaran masuk pun tak mahal.Ok lah. Dewasa RM15, kanak² RM10.

 
Cececeh. Macam dia pun main jugak

Terbangla ko ke pasir berdengung.  Zam zam allakazam

 Nak pegi mana tu naik sampan. Takkan nak balik Seremban kot 🀭






         Kalau nak tahu, rumah 3D ni adalah deretan kedai 2 tingkat. So mcm² gambar 3D ada dalam tu. Kira besar jugak. So, kalo korang ke Penang bolehlah singgah di sini buat kenangan πŸ€—.

         Kami keluar dari Penang jam 6.00 ptg. Waktu tu hari dah nak hujan. Kami ikut Jambatan Pulau Pinang. Masyaallah. Jammed. Cuak jgk masa ada atas jambatan dengan keadaan hari nak hujan. Sangkut jem. Huhu...tp cepat² baca selawat dan Basmallah.

 Huhu..time ni rs cuak giler bila sangkut dlm jammed atas jambatan.


        Alhamdulillah, akhirnya selamat jua sampai ke rumah dlm jam 12.30 tgh mlm. Cuma masa nak balik tu jem di highway Ipoh. Ada roadblock. 

         Apapun, percutian ke Penang sangat menyeronokkan.  Maklumlah, aku sendiri pun tak pernah pergi apatah lagi anak². Jadi aku nak diorg rasa pengalaman naik jambatan Penang mcm mana, tengok tempat bersejarah. At least, kalau diorg kena buat karangan diorg boleh cerita pengalaman diorg. Betul tak? 

       Satu lagi nak pesan, kalau pergi Penang atau ke utara, eloklah pegi awal, so masa tu tak dihabiskan atas jln mcm tu je sbb aku ralat juga sbb sampai Penang lambat. At least, kalau korang bertolak awal banyak tempat korang boleh pergi.

        Kalau ada yg tanya berapa total kos atau belanja pegi ke Penang ni, honestly aku spend dalam RM1,000 (anak ramai kan) atau mungkin ada yg boleh spend kurang dari tu. Belanja tol pun aku just topup RM100 je. Minyak dalam RM150 (Aruz) dari Seremban masuk Penang, pusing 1 pulau, then balik Seremban balik. Selebihnya adalah shopping dan makan. Duit hotel pun aku spend below RM200. Banyak lagi wishlist Penang yang aku tak sempat pergi lagi antaranya Rumah P. Ramlee, Mansion Cheog Fat Tzee, The Suffolk House, Gurney Drive, Teh Avatar. Insyaallah. Mungkin suatu hari nanti.

         Well, tu la saja cerita aku kali ni. Insyaallah, lepas ni aku akan update plak pasal percutian di Lexis Hibiscus PD (baru nak update padahal peginya dah lama πŸ˜…). Bila nak update pun aku tak pasti. Heeeeee πŸ˜€



 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...