Monday 21 May 2018

DEFECT RUMAH BARU

Selepas 2 minggu kami dapat je kunci rumah, kami terus check defect rumah. Barang-barang yang kami bawa balik untuk check defect ialah:

1. masking tape
2. pen marker merah
3. charger telefon (tapi hampeh bila check api tak masuk lagi)
4. borang defect (memang developer ada sediakan tapi seketul je dia bagi. Lebih? copy sendiri...huhu)
5. Plan layout rumah. Kami besarkan supaya senang nak tanda. Jadi bila diorang nak semak tempat yang defect dengan layout senang.
6. Skru (nak ketuk tiles - jangan pulak korang ketuk guna besi dia..calar pulak nanti. guna belakang skru tu ye 😀😁).

So, bermulalah proses mengecheck apa yang rosak kat rumah tu.









 Retak hatiku tengok banyak sangat defect kat rumah ni 😭













Aaaaaaaaaa....hangpa tengok. Banyak kan defectnya. Tahniah kepada saya dan suami kerana berjaya mengecheck defect rumah ni. Satu hari suntuk jugak nak buat benda alah ni. Penatttt. Tu belum tunjuk gambar laki den panjat tangki lagi tu.

Jadi pada yang tak sabar nak duk rumah baru, better check la dulu defect tu ye. Lepas je kami settle buat defect semua, kami isi semua masalah dalam borang yang disediakan then terus submit pada developer. Mujurlah diorang ambil tindakan tak lama.  Lepas 1 minggu kitorang submit, terus diorang buat defect.  Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, sebenarnya ada lagi kami buat report pasal ada pekerja terlepas pandang masa buat defect. Tak complete diorang betulkan.  Memang masa ni menahan sabar je la. Huh!

Apapun, sekarang semuanya dah settle. So lepas je pasang grill, pasang lampu dan kipas, boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami balik.  Buat masa ni kami masih duk di KL lagi. Kalau nak pindah pun maybe dalam 5 tahun lagi. Tunggu anak-anak besar sikit baru boleh fikir nak berulang KL-Seremban.



PASANG GRILL RUMAH BARU

Lama sangat tak update blog ni. Dah berbulan-bulan baru nak update. Biasala, bila dah boring, dah tak tahu nak buat apa barulah rajin jari ni nak menaip. Huhuhu. Apapun, entry kali ni nak cerita pasal pasang grill.


































Aaaaaa...tu je la gambar yang ada pun. Seketul je. Jadilah kan. Yang penting korang tau jugakla ghoman grill tu camne kan. Buat grill dengan brother ni dalam RM4+++. Okla kan untuk rumah double story? ke korang dapat lagi murah? Tak kisahlah. Yang penting rumah saya dah bergrill. Rasa secure sikit. Fuhhh!! Ok...jumpa lagi.  TATA 👋




 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...