Wednesday 25 October 2017

TERIMA KUNCI RUMAH BARU

Lama jugak tak update blog.  Setahun jugak tak update.  Anyway, kali ni saya nak share pasal terima kunci rumah baru. Jeng-jeng, akhirnya setelah hampir 2 tahun menunggu, kami terima surat dari Matrix Concept menyatakan yang diorang dah pun setkan appointment untuk ambil kunci rumah pada 24 Oktober 2017. Yahoooo yabedabedu..yeay yeay dapat kunci (macam budak-budak tapi siapa tak teruja kan dapat kunci rumah baru).  Before this kitorang memang dah ada pengalaman beli rumah tapi beli rumah second dengan rumah baru keterujaan dia lain. Betul tak? :)

Ok, so lepas dapat surat on 17 Oktober 2017, dapat call dari Matrix (sehari sebelum hari ambil kunci) untuk confirmkan kehadiran.  Of course kitorang CONFIRM HADIR ok! walaupun kena amik cuti...hehe.. So, pagi tu 24 hb tu, me and mr. husband terus shoot dari KL singgah rumah my in-law di Bandar Baru Salak Tinggi untuk ambil diorang then terus ke d'Tempat Country Club House.  Sampai-sampai je di d'Tempat, time tu dah pukul 9.30.  Kalau ikut surat pukul 10.00 (nampak tak excitednya tu..hehe..tapi yang sebenarnya ioulls tak suka lambat ok. Prinsip diri mesti on time n punctual!. Hmmm....





So, kami pun terus ke bilik yang disediakan untuk ambil kunci walaupun ada refreshment...hehehe... Setiap kaunter ada bahagian pengurusannya. Maksudnya kaunter satu untuk settlekan payment sama ada yang masih belum settle atau pun dapat rebate.  So, dalam kes kitorang alhamdulillah kitorang dapat rebate. Lepasla nak buat grill or apa-apa yang patut.

So, step dia masa ambil kunci dengan developer dari Matrix ni mudah sangat:
1. Settlekan payment (kalau ada hutangla).
2. Kemaskini maklumat untuk kemasukan api dan air tapi dengan Matrix diorang tolong purchaser buat permohonan ke TNB dan syarikat air negeri.  Tempoh masa untuk kemasukan air dan api adalah dalam 2 bulan.
3. Then ke kaunter pengambilan kunci rumah.  Tempat kunci siap dalam beg.  Nice dan ada lucky draw.  Daripada 3 pilihan lucky draw, kitorang dapat voucher lampu reka light. Antara pilihan lucky draw tu Elken water filter dan Miramika Jewellery. Ok la kan dapat voucher tu. Sapa nak bagi RM300.00 :). Payung and keychain pun ada dia bagi. Lagi satu bila beli rumah dengan Matrix ni tak sangka pulak yang kami akan dapat free membership di d'Tempat Club House (boleh google), free 2 tahun TM Unifi internet and modem internet pun memang dah siap dipasang di bahagian luar rumah.  Best tak?



Antara free gift yang pihak Matrix bagi : SET KUNCI, KEY CHAIN, PAYUNG (lupa nak ambil gambar) dan hadiah lucky draw, VOUCHER REKALIGHT

4. So lepas dah settle perkara-perkara di atas, kami pun dibawa oleh orang Matrix ke rumah kami (padahal dah tau dah rumah tu kat mana sebab selalu pegi tengok..hehe) sebab dah set exclusive kannnnn. Ok tak baik riak.

Sampai saja di rumah, petugas dari bahagian Matrix Care Service dah sedia menanti. So, kami pun diberi penerangan tentang keadaan rumah.  Apa yang sepatutnya ada. Plug point cukup ke tak.  Mujur dah baca banyak blog-blog so ada ilmu la tentang tu sikit-sikit. Belum lagi pasal check defect. Yang itu pun memang ada diberitahu.

So, rumusannya, setiap pemaju adalah berbeza cara mereka uruskan pemberian kunci rumah kepada pembeli.  Kalau yang kukuh mungkin cara dia macam Matrix ni atau Sime Darby ke atau IJM Land sebab harga rumah yang kita beli pun semput dibuatnya tapi kalau tak beli sekarang bila lagi sebab harga makin lama makin naik. Yang turun harga kereta je. Apa yang penting sebelum beli rumah pastikan developer tu adalah developer yang tidak memberi masalah kepada pembeli. Jangan sampai kena tipu.






 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...