Tuesday 14 August 2018

MESIN JAHIT...AKHIRNYAAAA

Image result for mesin jahit singer 3223 
 copy paste dari cik google..tq cik google 😍

Akhirnya, setelah sekian lama dapat juga aku beli mesin jahit ni (SINGER 3223) through Lazada. Thanx Mr. Lazada. Cepat penghantarannya. Gini 👍. Kali ni entry aku nak cerita pasal mesin jahit yang memang dah lama aku nak beli. Mula-mula aku pegi survey kat kedai tapi harga...masyaAllah...so...aku decide beli online la jawabnya...beza RM300++ kot (ikut apa pilihan jenis mesinla). So, aku pun buka website dan terusla meng'order'...hehe..Khamis order then Isnin next weeknya barang terus sampai kat opis.  Terus kena bahan dgn officemate...lepas tu buat bunyi..'gedek..gedek...gedek' 😀. Ciss!

Tujuan aku beli mesin ni pun sebab kes nak jimat punya pasal lah...al-maklumla. Bila pindah rumah double storey ni banyak nak pakai langsir. So, aku rasa dari aku tempah baik aku jahit sebab memang dah pernah jahit langsir. Cuma bukan dari mesin jahit akula tapi dari mesin mak aku...heee. So, bila dah ada mesin sendiri ni, syok la sikit kannnn nak menjahit. Kalau tempah langsir beribu ko. Dah la nak nak masuk rumah ni banyak nak pakai duit. Dengan nak pasang kipasnya, lampu semua bagai. Beli rod sahaja hari tu berabis RM500++ jugakla (tengokla ko pakai rod jenis apa). Sebab aku pakai yang besi punya siap ada corak-corak kerawang kat tepi memang mahal la harganya...tapi xpela... alah membeli menang memakai kan...lagipun rod tu tak tukar-tukar dah. Pakai sampai sudah 😀.

So, ceritanya sebelum kami pindah masuk by end of this year, aku kena siapkan langsir dulu..kalau tak... togel pulak rumah tu. Oh ye..dulu aku pernah plan untuk tak pindah lagi tapi mengenangkan nak bayar 2 rumah...aku rasa satu pembaziran. Jadi kami plan nak sewakan rumah kondo yang kami duduk sekarang, so adalah income untuk kami dan nak membayar bulan-bulan rumah baru ni pun takdelah teruk sangat kan.

So, tu je la entry kali ni pasal mesin jahit. Kalau ada yang berminat nak beli mesin jahit tu boleh lah pergi survey dulu di mana-mana cawangan singer...boleh google je website singer...kalau ada bajet lebih bolehlah beli terus dari kedai singer...kalo kata berminat nak beli thru online pun xde masalah cuma kad warranty kena ada cop (kena pegi @ pos kad untuk dapatkan cop dari singer hq) berbanding beli di kedai...dapat warranty 1 year. Siap ada demo..maybe sebab tu la harga beli di kedai lagi mahal sebab ada demo, free servis 1 year sebab ada warranty.

So, see u all for next entry. Daaaa 👋



Monday 21 May 2018

DEFECT RUMAH BARU

Selepas 2 minggu kami dapat je kunci rumah, kami terus check defect rumah. Barang-barang yang kami bawa balik untuk check defect ialah:

1. masking tape
2. pen marker merah
3. charger telefon (tapi hampeh bila check api tak masuk lagi)
4. borang defect (memang developer ada sediakan tapi seketul je dia bagi. Lebih? copy sendiri...huhu)
5. Plan layout rumah. Kami besarkan supaya senang nak tanda. Jadi bila diorang nak semak tempat yang defect dengan layout senang.
6. Skru (nak ketuk tiles - jangan pulak korang ketuk guna besi dia..calar pulak nanti. guna belakang skru tu ye 😀😁).

So, bermulalah proses mengecheck apa yang rosak kat rumah tu.









 Retak hatiku tengok banyak sangat defect kat rumah ni 😭













Aaaaaaaaaa....hangpa tengok. Banyak kan defectnya. Tahniah kepada saya dan suami kerana berjaya mengecheck defect rumah ni. Satu hari suntuk jugak nak buat benda alah ni. Penatttt. Tu belum tunjuk gambar laki den panjat tangki lagi tu.

Jadi pada yang tak sabar nak duk rumah baru, better check la dulu defect tu ye. Lepas je kami settle buat defect semua, kami isi semua masalah dalam borang yang disediakan then terus submit pada developer. Mujurlah diorang ambil tindakan tak lama.  Lepas 1 minggu kitorang submit, terus diorang buat defect.  Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, sebenarnya ada lagi kami buat report pasal ada pekerja terlepas pandang masa buat defect. Tak complete diorang betulkan.  Memang masa ni menahan sabar je la. Huh!

Apapun, sekarang semuanya dah settle. So lepas je pasang grill, pasang lampu dan kipas, boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami balik.  Buat masa ni kami masih duk di KL lagi. Kalau nak pindah pun maybe dalam 5 tahun lagi. Tunggu anak-anak besar sikit baru boleh fikir nak berulang KL-Seremban.



PASANG GRILL RUMAH BARU

Lama sangat tak update blog ni. Dah berbulan-bulan baru nak update. Biasala, bila dah boring, dah tak tahu nak buat apa barulah rajin jari ni nak menaip. Huhuhu. Apapun, entry kali ni nak cerita pasal pasang grill.


































Aaaaaa...tu je la gambar yang ada pun. Seketul je. Jadilah kan. Yang penting korang tau jugakla ghoman grill tu camne kan. Buat grill dengan brother ni dalam RM4+++. Okla kan untuk rumah double story? ke korang dapat lagi murah? Tak kisahlah. Yang penting rumah saya dah bergrill. Rasa secure sikit. Fuhhh!! Ok...jumpa lagi.  TATA 👋




 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...