Monday 21 May 2018

DEFECT RUMAH BARU

Selepas 2 minggu kami dapat je kunci rumah, kami terus check defect rumah. Barang-barang yang kami bawa balik untuk check defect ialah:

1. masking tape
2. pen marker merah
3. charger telefon (tapi hampeh bila check api tak masuk lagi)
4. borang defect (memang developer ada sediakan tapi seketul je dia bagi. Lebih? copy sendiri...huhu)
5. Plan layout rumah. Kami besarkan supaya senang nak tanda. Jadi bila diorang nak semak tempat yang defect dengan layout senang.
6. Skru (nak ketuk tiles - jangan pulak korang ketuk guna besi dia..calar pulak nanti. guna belakang skru tu ye 😀😁).

So, bermulalah proses mengecheck apa yang rosak kat rumah tu.









 Retak hatiku tengok banyak sangat defect kat rumah ni 😭













Aaaaaaaaaa....hangpa tengok. Banyak kan defectnya. Tahniah kepada saya dan suami kerana berjaya mengecheck defect rumah ni. Satu hari suntuk jugak nak buat benda alah ni. Penatttt. Tu belum tunjuk gambar laki den panjat tangki lagi tu.

Jadi pada yang tak sabar nak duk rumah baru, better check la dulu defect tu ye. Lepas je kami settle buat defect semua, kami isi semua masalah dalam borang yang disediakan then terus submit pada developer. Mujurlah diorang ambil tindakan tak lama.  Lepas 1 minggu kitorang submit, terus diorang buat defect.  Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita, sebenarnya ada lagi kami buat report pasal ada pekerja terlepas pandang masa buat defect. Tak complete diorang betulkan.  Memang masa ni menahan sabar je la. Huh!

Apapun, sekarang semuanya dah settle. So lepas je pasang grill, pasang lampu dan kipas, boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami balik.  Buat masa ni kami masih duk di KL lagi. Kalau nak pindah pun maybe dalam 5 tahun lagi. Tunggu anak-anak besar sikit baru boleh fikir nak berulang KL-Seremban.



No comments:

Post a Comment

 MALANG TIDAK BERBAU Betullah kata pepatah tu. Malang tidak berbau. Benda nak jadi kan. Siapalah kita untuk menidakkan. 18.9.2021 akan menja...